Thursday 15 January 2015

Jumpa Kami di Malaysia International Wedding Festival Sg Petani, Kedah


#syedkhalil #weddingphotographer #malaysiawedding #weddingphotography #photographerkedah #photographerpenang #photographerutara #weddingkedah #weddingpenang #butik #malaywedding #videokahwin #cinematography #film #wedding #kulim #photographerkulim

Sunday 11 January 2015

Wedding Videography AuraBisikanCinta

Assalamualaikum semua.
Entry kali ni saya cuba untuk membuka minda anda semua tentang pentingnya rakaman video untuk setiap majlis dan saya beri tumpuan pada majlis perkahwinan.
Saya tak nafikan videografi menjadi pilihan yang terakhir selepas fotografi. Fotografi menghasilkan output berbentuk foto cetak merakam subjek, manakala video menghasilkan visual bergerak bersama suara. Faktor kos menjadi penghalang utama untuk bakal pengantin memilih option ini, yakni videografi.
Dengan teknologi yang semakin maju, kamera handycam kian ketinggalan berbanding teknologi video full HD. Peralatannya nampak lebih professional dan alat yang sama juga digunakan untuk menghasilkan sesebuah iklan dan filem pendek.
Kenapa Video?
Tiada ulangan yang dapat anda gantikan saat-saat kegembiraan dan keceriaan satu-satunya majlis yang bersejarah dalam seumur hidup anda. Tiada ulangan yang dapat anda gantikan memori yang terhasil dari setiap sudut, setiap bunyi dan setiap perasaan di sepanjang kemeriahan majlis perkahwinan anda.
Bila sebut tentang video, pengantin akan membayangan video pengantin ketawa, kheman-khemah sarat dengan tetamu, bunga telur dan sebagainya. tetapi saya ingin mengajak anda untuk berfikir “beyond the limit”. Kesan videonya bukan hari ini tapi sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang. Sebagai profesional videographer kita mahu membawa pengantin keluarga bersama dengan memori indah keluarga.
Majlis perkahwinan bukanlah majlis untuk pasangan pengantin sahaja, tetapi ia adalah hari kenangan bersama keluarga. Jangan lupa bahawa yang paling bergembira selain anda ialah ibu bapa dan kenalanan anda. Bilakah kali terakhir anda dapat berkumpul berhimpun bersama semua keluarga seperti ini??
Hanya video yang dapat membuatkan anda menghayati kembali setiap detik indah bersama saudara-mara, rakan taulan dan juga yang tersayang. Mengimbas kembali perasaan anda di waktu itu. Menyegarkan kembali detik lafaz akad nikah mungkin setahun selepas itu... atau sepuluh tahun kemudian. Video akan merakamkan segalanya... keriuhan dan kesibukan saudara-mara yang membantu, kegembiraan yang jelas terpapar di wajah kedua-dua ibu bapa, gelak ketawa dan usik mengusik teman serta para tetamu yang hadir. Semua ini akan segar untuk selamanya.
Kita terlupa bahawa majlis perkahwinan adalah majlis untuk bersama keluarga dan tetamu terdekat. Masa yang sama barangkali inilah kali pertama ibu bapa berpakaian ‘segak’ dengan suit sampin dan kasut berkilat. Mereka tidak sabar-sabar menjadi orang penting di dalam majlis besar.
Videography bukan hanya untuk anda tetapi adalah hadiah anda untuk keluarga dan kenalan anda.
Aurabisikancinta Production

Pakej Photography/Videography

Pakej Video Kahwin 2018

Videography Package: RM2250 only - 2 sessions coverage (Akad Nikah + Majlis Resepsi)  - Free outdoor same day (Receptio...